Thursday, 19 April 2012

PENGENALAN EKONOMI

PENGENALAN

DEFINISI
Ekonomi merupakan satu bidang sains sosial yang mengkaji gelagat manusia dalam menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang terhad untuk memaksimumkan kehendak-kehendak @ kepuasan mereka yang tidak terbatas.

EKONOMI MIKRO & EKONOMI MAKRO
Ekonomi Mikro
merujuk kepada kajian di dalam unit yang lebih kecil skopnya iaitu individu & firma.
Ekonomi Makro
merujuk kepada kajian ekonomi dengan lebih menyeluruh & global serta bersangkutan dengan isu-isu semasa bagi sesebuah negara.

5 PERSOALAN YANG WUJUD DI DALAM EKONOMI
Bagi mencapai kepuasan yang maksimum di dalam membuat pilihan yang tepat masyarakat perlu memikirkan lima (5) persoalan penting iaitu ;

1     Apa & Berapa
Masyarakat perlu memikirkan apakah barang yang akan dikeluarkan & berapa banyakkah kuantiti @ jumlah barang yang akan dikeluarkan.

2     Bagaimana
Membuat keputusan tentang bagaimanakah cara pengeluaran sesuatu barang. Cara yang digunakan mestilah cara yang cekap iaitu dengan memaksimumkan keuntungan & meminimumkan kos pengeluaran.

3     Bila
Mengetahui bilakah waktu yang sesuai untuk mengeluarkan barangan.

4     Di Mana
Perlu peka tentang ke mana hendak dipasarkan barangan yang sudah disiapkan.

5     Siapakah
Barangan / produk yang dikeluarkan juga perlulah diagihkan kepada sasaran yang betul. Siapakah yang menerima barangan tersebut juga perlulah ditentukan. Siapakah pelanggan yang akan menggunakan produk tersebut adalah penting.


 FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

1     Tanah
  • Digunakan untuk bercucuk tanam, membina bangunan, jalanraya & kilang.
  • Pulangannya adalah sewa.
2     Buruh
  • Tenaga manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran.
  • Ini termasuk dalam bentuk fizikal & buah fikiran
  • Buruh yang berkualiti disebut modal insan di mana ilmu pengetahuan & kemahiran diperolehi daripada pelajaran & latihan serta pengalaman.
  • Pulangannya adalah upah & gaji.
3     Modal
  • Terdiri daripada jentera, bangunan, mesin, wang & kenderaan.
  • Digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barangan & perkhidmatan.
  • Pulangan adalah bunga / faedah.
4     Pengusaha
  • Merujuk kepada kemahiran & kebolehan seorang pengusaha & pengurus untuk menjalankan perniagaan @ perusahaan dengan cekap & menguntungkan.
  • Pulangan adalah keuntungan kepada syarikat / perniagaan.

No comments:

Post a Comment