DEFINISI
KKP adalah kombinasi pengeluaran dua barangan yang berlainan & mewakili batas pengeluaran maksimum yang boleh dicapai oleh sesebuah masyarakat berasaskan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada & tahap kemajuan teknologi.
ANDAIAN-ANDAIAN KKP
Andaian-andaian yang perlu dibuat sebelum melukis KKP adalah seperti berikut:
- Terdapat dua barang sahaja.
- Faktor pengeluaran adalah terhad.
- Tahap kemajuan teknologi adalah tetap / malar.
- Ekonomi mencapai tahap kecekapan yang maksimum (guna tenaga penuh)
Bentuk KKP adalah dipengaruhi oleh kos melepas. Apabila kos melepas malar / tetap KKP akan bergaris lurus dari kiri ke kanan.
KKP Berbentuk Cembung
Peningkatan kos melepas akan menyebabkan KKP berbentuk cembung.
No comments:
Post a Comment