Saturday, 21 April 2012

TEORI PERMINTAAN

DEFINISI PERMINTAAN
1     Permintaan boleh ditafsirkan sebagai kehendak seseorang pengguna terhadap sesuatu barang & perkhidmatan.

2     Sekiranya seseorang itu berkehendak sesuatu, 3 perkara perlu dipenuhi, iaitu :
   (a)     kehendak / kemahuan
   (b)     mampu untuk memilikinya
   (c)     bercadang untuk membelinya

3     Jadi, kehendak terhadap sesuatu barang hendaklah disokong dengan keupayaan membayar     (kuasa membeli pengguna). Permintaan ini dinamakan permintaan yang berkesan.

4     Kuantiti yang diminta terhadap sesuatu barang dan perkhidmatan ialah kuantiti yang akan dibeli pada suatu masa dan suatu harga. Tetapi jumlah kuantiti yang diminta itu tidak semestinya sama dengan jumlah kuantiti yang dibeli.

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP)

KELUK KEMUNGKINAN PENGELUARAN (KKP) / PRODUCTION POSSIBILITY CURVE (PPC)

DEFINISI
KKP adalah kombinasi pengeluaran dua barangan yang berlainan & mewakili batas pengeluaran maksimum yang boleh dicapai oleh sesebuah masyarakat berasaskan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada & tahap kemajuan teknologi.

ANDAIAN-ANDAIAN KKP
Andaian-andaian yang perlu dibuat sebelum melukis KKP adalah seperti berikut:
  1. Terdapat dua barang sahaja.
  2. Faktor pengeluaran adalah terhad.
  3. Tahap kemajuan teknologi adalah tetap / malar.
  4. Ekonomi mencapai tahap kecekapan yang maksimum (guna tenaga penuh)
KKP Bergaris Lurus
Bentuk KKP adalah dipengaruhi oleh kos melepas. Apabila kos melepas malar / tetap KKP akan bergaris lurus dari kiri ke kanan.

KKP Berbentuk Cembung
Peningkatan kos melepas akan menyebabkan KKP berbentuk cembung.

Thursday, 19 April 2012

PENGENALAN EKONOMI

PENGENALAN

DEFINISI
Ekonomi merupakan satu bidang sains sosial yang mengkaji gelagat manusia dalam menggunakan faktor-faktor pengeluaran yang terhad untuk memaksimumkan kehendak-kehendak @ kepuasan mereka yang tidak terbatas.

EKONOMI MIKRO & EKONOMI MAKRO
Ekonomi Mikro
merujuk kepada kajian di dalam unit yang lebih kecil skopnya iaitu individu & firma.
Ekonomi Makro
merujuk kepada kajian ekonomi dengan lebih menyeluruh & global serta bersangkutan dengan isu-isu semasa bagi sesebuah negara.

5 PERSOALAN YANG WUJUD DI DALAM EKONOMI
Bagi mencapai kepuasan yang maksimum di dalam membuat pilihan yang tepat masyarakat perlu memikirkan lima (5) persoalan penting iaitu ;

1     Apa & Berapa
Masyarakat perlu memikirkan apakah barang yang akan dikeluarkan & berapa banyakkah kuantiti @ jumlah barang yang akan dikeluarkan.

2     Bagaimana
Membuat keputusan tentang bagaimanakah cara pengeluaran sesuatu barang. Cara yang digunakan mestilah cara yang cekap iaitu dengan memaksimumkan keuntungan & meminimumkan kos pengeluaran.

3     Bila
Mengetahui bilakah waktu yang sesuai untuk mengeluarkan barangan.

4     Di Mana
Perlu peka tentang ke mana hendak dipasarkan barangan yang sudah disiapkan.

5     Siapakah
Barangan / produk yang dikeluarkan juga perlulah diagihkan kepada sasaran yang betul. Siapakah yang menerima barangan tersebut juga perlulah ditentukan. Siapakah pelanggan yang akan menggunakan produk tersebut adalah penting.


 FAKTOR-FAKTOR PENGELUARAN

1     Tanah
  • Digunakan untuk bercucuk tanam, membina bangunan, jalanraya & kilang.
  • Pulangannya adalah sewa.
2     Buruh
  • Tenaga manusia yang digunakan dalam proses pengeluaran.
  • Ini termasuk dalam bentuk fizikal & buah fikiran
  • Buruh yang berkualiti disebut modal insan di mana ilmu pengetahuan & kemahiran diperolehi daripada pelajaran & latihan serta pengalaman.
  • Pulangannya adalah upah & gaji.
3     Modal
  • Terdiri daripada jentera, bangunan, mesin, wang & kenderaan.
  • Digunakan dalam proses pengeluaran untuk menghasilkan barangan & perkhidmatan.
  • Pulangan adalah bunga / faedah.
4     Pengusaha
  • Merujuk kepada kemahiran & kebolehan seorang pengusaha & pengurus untuk menjalankan perniagaan @ perusahaan dengan cekap & menguntungkan.
  • Pulangan adalah keuntungan kepada syarikat / perniagaan.